Latar Belakang Pusat Islam
SEJARAH PENUBUHAN
Proses naiktaraf ke Pusat Islam bermula 2005 Mula digunakan sepenuhnya pada sesi Januari 2006 Keluasan - 600 m² Kapasiti solat jamaah – 1000 orang
Pusat Islam merupakan mercu tanda bagi Polimas dengan dihiasi bumbung kehijauan merupakan satu kelainan dari bangunan yang lain.Lokasinya yang strategik sesuai untuk kegunaan bukan sahaja untuk warga Polimas malah masyarakat sekitarnya. Pusat Islam terletak di bawah penyeliaan Jabatan Pengajian Am, Unit Pendidikan Islam dari sudut programnya dan mendapat kerjasama sepenuhnya dari pihak kamsis. Pusat Islam mempunyai rekabentuk yang menarik dengan gabungan warna hijau-putih dan menerapkan nilai yang tersendiri. Lokasi Pusat Islam yang bersebelahan padang permainan dan berhadapan dengan jalan utama menyerikan lagi landskap Pusat Islam. Pusat Islam juga terletak berhampiran dengan kamsis siswa dan siswi dan ini memudahkan mereka hadir bagi mengimarahkannya.
Pusat Islam POLIMAS terdiri daripada ruang solat yang dilengkapi dengan kipas dinding pada segenap sudut. Dengan kemasan permaidani hijau dan jubin putih, ruang ini digunakan sebagai ruang bagi solat berjemaah bagi muslimin dan juga mengandungi ruang solat muslimah di bahagian belakang. Pejabat Pusat Islam yang bertanggungjawab mentadbir pengurusan Pusat Islam terletak di bahagian hadapan Pusat Islam. Pusat Islam secara rasmi telah memohon kepada Jabatan Agama Islam untuk mendirikan solat Jumaat.
Pusat Islam (PI) adalah sebuah unit yang ditubuhkan bagi mengendalikan hal-ehwal kerohanian di Polimas. Penaung kepada Pusat Islam Polimas terdiri dari Pengarah Polimas dan dibantu oleh Tim. Pengarah Polimas di samping ia menerima dua orang Penasihat iaitu Tn Hj Ahmad Hilmi Hj Hassan dan juga Ustaz Zulkifli bin Mohd Noh selaku Ketua Jabatan pengajian Am. Pusat Islam diketuai oleh seorang Ketua dan dibantu oleh AJK yang lain terdiri dari staf setiap jabatan yang ada di POLIMAS. PI juga bertanggungjawab menguruskan dan mentadbir pengurusan Pusat Islam. Pusat Islam yang dahulunya dikenali dengan Surau Kamsis diilhamkan penubuhannya oleh Dr Khair bin Mohamad Yusuf,Bekas Pengarah POLIMAS. pada Januari 2006.
Di bawah Pusat Islam, Rakan Pusat Islam atau dikenali dengan RAPI dan AJKnya diwujudkan bagi melaksanakan aktiviti di kalangan pelajar siswa dan siswi kampus. Pusat Islam sentiasa mengambil berat keharmonian Pusat Islam dan tidak akan membenarkan sebarang penggunaan ruang masjid bagi aktiviti yang bercorak berpuak- puak atau pun politik. Ini bagi menjamin kesucian Pusat Islam sebagai tempat umat Islam bersatu padu dan mengukuhkan pegangan agama. Bagi memastikan keharmoniannya terpelihara, Pusat Islam turut dibantu oleh Unit Pendidikan Islam, Jabatan Pengajian Am, POLIMAS dan pihak Kamsis POLIMAS.